Galang Dana YANIS adalah sebuah inisiatif untuk menggembleng usaha semua pihak menggunakan pendekatan seluruh masyarakat (whole-of-society) dan seluruh negara (whole-of-nation) bagi menjayakan misi YANIS.
Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Penaung Diraja, YANIS mendukung misi untuk mengumpulkan dana daripada pelbagai sumber untuk membiayai pelbagai program demi manfaat golongan sasar iaitu insan istimewa di negeri Selangor.
YANIS menyeru seluruh agensi kerajaan, sektor swasta dan rakan-rakan pertubuhan masyarakat sivil (NGO atau CSO) untuk berganding bahu bagi menjayakan inisiatif ini.
Ayuh bersama-sama YANIS untuk memastikan setiap insan istimewa mendapat peluang terbaik bagi sebuah kehidupan yang penuh bermakna.

Dana yang dikumpulkan akan membina rizab asas yang kukuh bagi menyokong program-program YANIS untuk jangka panjang bagi menjamin kelestarian agenda pemerkasaan golongan orang kurang upaya (OKU).
Tajaan dalam bentuk peralatan, ubat-ubatan, khidmat rundingan, perkhidmatan dan kepakaran boleh disampaikan melalui pelbagai program, sama ada untuk jangka pendek, sederhana ataupun panjang.
YANIS mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi mengukuhkan hala tuju strategik yang menyumbang kepada visi dan misi kami.
Untuk meneroka peluang keemasan ini, pasukan YANIS boleh dihubungi seperti berikut:
Encik Hazwan Mat Noor ( hazwan@yanis.org.my / +60162889384)
Encik Izat Izwan Idzian ( izat@yanis.org.my / +60176558550)
Sekretariat Galang Dana di sekretariat@yanis.org.my / +603 5545 3170
Untuk meneroka peluang keemasan ini, pasukan YANIS boleh dihubungi seperti berikut:
sekretariat@yanis.org.my / +603 5545 3170